KUALA LUMPUR, 24 Mac(Iteenews) –AME Elite Consortium Bhd (AME Elite) merancang untuk menjual tiga hartanah perindustrian di Johor, seluas3.579 hektar kepadaAME Real Estate Investment Trust (AME REIT) pada hargaRM100.8 juta dalam transaksi dengan pihak berkaitan.
AME REIT dalam satu kenyataan hari ini berkata ia akan memperoleh hartanah daripada anak syarikat penjaminnya, AME Elite merangkumi satu hartanah perindustrian dii-Park @ Senai Airport City dan dua hartanah perindustrian dii-TechValley diKluster Logistik Perindustrian Selatan.
“Hartanah yang dalam pembinaan itu menampilkan kilang berkembar satu tingkat dengan pejabat di aras mezanin dan bangunan sampingan, dengan jumlah keluasan kawasan boleh disewakan adalah kira-kira2.7549 hektar.
“Urus niaga itu menyokong strategi pertumbuhan AME Elite danAME REIT,” kata syarikat itu.
Bagi AME Elite, jualan itu membolehkan pelaburan semula dalam rancangan pembangunan taman perindustriannya dan meningkatkan aliran pendapatan berulangnya menerusi pelaburan strategik dalam AME REIT.
Seterusnya, AME REIT dapat meningkatkan portfolionya dengan aset yang mampu menghasilkan pendapatan berkualiti, menjana pendapatan dan pengagihan yang stabil kepada pemegang unitnya.
“Cadangan urus niaga secara strategiknya menyokong pelan pengembangan kami dengan menambah nilai aset yang dipajak, membolehkan kami melaburkan semula modal dalam pembangunan taman-taman perindustrian pada masa hadapan, sambil mengukuhkan asas pendapatan berulang menerusi pelaburan kami dalam AME REIT.
“Dengan permintaan yang kukuh terhadap taman perindustrian dan penyelesaian ruang perindustrian bersepadu kami, urus niaga ini membolehkan kami mempercepatkan kemajuan pembangunani-TechValley diJohor, Northern TechValley diPulau Pinangdan initiatif pertumbuhan strategik di Lembah Klang menerusi perrkongsian kami dengan KLK Land dan MoU dengan SD Guthrie,” kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AME EliteDylan Tan Teck Eng.
AME Elite merancang untuk memperuntukkan sebahagian besar keuntungan daripada urus niaga bagi pembangunan berterusani-TechValley, pembangunan hartanah perindustrian pada masa depan dan projek pelaburan termasuk pengambilalihan tanah dan usaha sama, yang dijangka berlaku dalam tempoh 36 bulan selepas urus niaga dimuktamadkan.