AmBank Lulus Pembiayaan RM498.6 Juta Untuk ProTT

874684f4e65beffbf0344328f598f15667779bd0738fd

KUALA LUMPUR, 3 Jan(Iteenews) — Kumpulan AmBank meluluskan kemudahan pembiayaan berjumlah RM498.6 juta kepada Projek Tetap Teguh Sdn Bhd (ProTT) bagi pembangunan sistem penyimpanan dan pengambilan automatik (ASRS) gudang di Valdor, Pulau Pinang.

ProTT yang juga anak syarikat PTT Synergy Group Bhd (PTT), akan memanfaatkan dana itu bagimembiayai kos tanah, pembinaan dan peralatan gudang berkenaan.

Projek itu dijangka siap menjelang separuh pertama 2026 dan apabila siap kelak,ASRS akan mempunyai kapasiti 47,320 kedudukan palet, kata kenyataan bersama AmBank dan PTT hari ini.

Teknologi ASRS itu membolehkan pennyampaian penyelesaian kos efektif yang meningkatkan penggunaan mesin dan kecekapan proses.

Pengarah Urusan Kumpulan PTTTeo Swee Phin berkata projek itu menjadi asas kepada visi kumpulan dalammemacu sektor perindustrian dan logistik Malaysia ke masa depan.

“Kami yakin projek itu akan menjadi penanda aras untuk pembangunan hartanah perindustrian di Malaysia selain dapatmengukuhkan lagi kepimpinan kami dalam penyelesaian logistik pintar,” katanya.

Sementara itu, Kumpulan AmBank menyifatkan kerjasama itu dapat memperkukuh peranan strategik AmBank dalam menyokong pelanggandengan penyelesaian kewangan yang inovatif sambil memacu pembangunan perindustrian dan ekonomi Malaysia ke hadapan.

“Perkembangan ini seterusnya menunjukkan keupayaan mereka untuk menyampaikan penyelesaian industri secara sepenuhnya mengikut keinginanpelanggan selain mengesahkan komitmen mereka untuk memacu agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” katanya.

Gudang yang dilengkapi dengan kemudahan Internet Kebendaan(IoT) sertateknologi kecerdasan buatan (AI) komprehensif,akan disewakankepada pengeluar semikonduktor yang juga syarikat multinasional yang berpangkalan di Pulau Pinang.