KUALA LUMPUR, 25 Sept (Iteenews) — AmBank Islamic Bhd memperuntukkan sebanyak RM450,000 untuk menyokongIbupreneur Malaysia,perusahaan sosial yang memperkasakan usahawan wanita.
Bank itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pembiayaan tersebutakan digunakan untuk modal awal dan inisiatif pembinaan kapasiti di bawah program iTEKAD, yang bertujuan untuk memupuk pembangunan dan pertumbuhan perniagaan diterajui wanita.
“Peserta terpilih akan menerima modal kerja dan akses kepada modul latihan komprehensif yang disediakanuntuk melengkapimereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan jangka masa panjang.
“Program pembinaan kapasiti akan berlangsungsepanjang tahun dan termasuk tempoh pemantauan, dengan tumpuan kepada pertumbuhan mampan dan kesediaan pasaran,” kata Ambank Islamic.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Eqhwan Mokhzanee Muhammad berkata sokongan terhadapIbupreneur bukan dari segibantuan kewangan semata-mata tetapi juga memupuk ekosistem yang boleh membantu wanitaberkembang maju dan memberi impak yang besar dalam pasaran.
“Selain menyediakan dana, pekerja kami juga secara sukarela akan mengendalikanlatihan dan bengkel yang berkaitan untuk peserta Ibupreneur sepanjang program tersebut,” katanya.
Ibupreneur founder Aida Zunaidi said thatthe partnership with AmBank Islamic enables them to offervaluable resources and guidance to women entrepreneurs, helping them build sustainable businesses and contribute to the economy.
Pengasas Ibupreneur, Aida Zunaidi berkata, kerjasamadengan AmBank Islamic itu membolehkan mereka menawarkan sumber berharga dan bimbingan kepada usahawan wanita, membantu mereka membina perniagaan yang mampan dan menyumbang kepada ekonomi.
Sehingga kini, AmBank Islamic telah menyediakan lebih RM1 juta dalam bentuk geran kepada pelbagai segmen usahawan mikro di seluruh negara, menyokong usaha peningkatan kemahiran dan peningkatan kapasiti.