Ambank Group Unjur Malaysia Catat Pertumbuhan KDNK 5.1 Peratus Pada 2024

c7b2324ccb1af02014b179167463bfdb5e182311d7334AmBank

KUALA LUMPUR, 12 Feb(Iteenews) –AmBank Group mengunjurkanMalaysia mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 5.1 peratus pada2024, naik sedikit daripada unjuran sebelumnya.

Pertumbuhan ini dijangka disumbangoleh pengembangan domestik dan persekitaran inflasi yang sederhanapada suku keempat tahun lepas, kata kumpulanitu dalam satu nota penyelidikan hari ini.

AmBank Groupjuga melihatkadar dasar semalaman (OPR) pada paras tahun lepas sebagai neutral, sejajar dengan penilaian Bank Negara Malaysia (BNM), yang menyokong pertumbuhan ekonomi.

Ini dicerminkan menerusiperbelanjaan pengguna di tengah-tengah peningkatan pengeluaran kad kredit (Suku Keempat 2024: 6.3 peratus berbanding Suku Ketiga 2024: 5.7 peratus).

“Dengan prestasi positif dalam pasaran buruh, apabila kadar pengangguran mencecah paras terendah dalam tempoh sedekad iaitu pada3.1 peratus sehingga Disember 2024, kami berpandanganOPR akan kekal stabil pada 3.00 peratus dalam tempohterdekat,” kata kumpulan itu.

Dari segi penawaransektor perkhidmatan menerajupertumbuhan pada suku tersebut, dengan unjuran peningkatan 5.5 peratus, disokong oleh sektor pelancongan kerana Malaysia merekodkan lebih 25 juta kedatangan pelancong antarabangsa pada 2024 (2023: 20.1 juta).

“Selain itu, kami menjangka sektor pembinaan akan terus mencatatkan pertumbuhan dua angka pada suku tersebut (Suku Keempat 2024: 19.8 peratus berbanding Suku Ketiga 2024:19.9 peratus), hasil pembangunan pusat data, yang boleh menjadi salah satu faktor menyumbang kepada prestasi lebih kukuh pada Suku Keempat 2024,” katanya.

Bagi 2025, kumpulan itumengunjurkan pertumbuhan KDNK tahun penuhMalaysiapada 4.6 peratus, dengan risiko pertumbuhan perlahandisebabkan faktor luaran seperti ketidaktentuan ekonomi global.

— BERNAMA