Amal Sasar Sumbangan Pendapatan Kepada Kumpulan Meningkat Sehingga 8.0 Peratus

98a0e705e53403bf4b61113be6d38b1066a6fd18d7080 Amal atau yang dahulunya dikenali sebagai Project Hope dilancarkan bagi menyediakan perkhidmatan sewa khas untuk jemaah Haji dan Umrah. 27deb0f38ff3e817e34d59e02a627a0766a7057d73ced Ketua Pegawai Operasi Amal, Muhammad Najmi Manso

Daripada Zairina Zainudin

JEDDAH, Arab Saudi, 29 Julai (Bernama) — Unit penerbangan haji dan umrah Malaysia Aviation Group (MAG),Amal by Malaysia Airlines menyasarkan untuk meningkatkan sumbangan pendapatannya kepada Kumpulan antara 7.5 hingga 8.0 peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Operasinya Muhammad Najmi Mansor berkata peningkatan tersebut disokong oleh pemulihan pasaran haji dan umrah, permintaan tinggi untuk mengerjakan umrah, pembangunan kapasiti yang rancak oleh kerajaan Arab Saudi, penggunaan e-Tourist Visa serta perkembangan rangkaian Amal lebih meluas.

Beliau berkata berdasarkan prestasi pada tahun 2023 dan separuh pertama 2024, sumbangan pendapatan Amal kepada Kumpulan adalah sebanyak lima peratus.

Bagi tahun sebelumnya, sumbangan pendapatan mencecah sekitar tiga hingga empat peratus berikutan pasaran haji dan umrah yang masih dalam proses pemulihan pasca pandemik COVID-19, katanya.

“Tahun ni kita kembali mencapai prestasi lima peratus sumbangan pendapatan (yang direkodkan) pada tahun 2019 sebab pemulihan dalam pasaran.

“Untuk jangka panjang, kami mensasarkan perubahan sumbangan pendapatan kepada Kumpulan meningkat kepada 7.5-8.0 peratus menjelang 3-5 tahun akan datang,” katanya kepada pemberita semasaprogram suai kenal umrah bersama media baru-baru ini.

Beliau berkata sasaran tersebut juga sudah mengambil kira faktor-faktor boleh ubah seperti ketidaktentuan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat serta harga bahan api dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *