Alliance Bank Umum Pemenang Cabaran BizSmart, Iktiraf Perusahaan Baharu Terkemuka Di Malaysia

5d60ca5ae9a204b317b9d0ba7c72bd7567525e3e972e7

KUALA LUMPUR, 5 Dis(Iteenews) — Tiga perusahaan baharu,BioLopp, Gula Cakery danHiiVolt dipilih sebagai tiga pemenang utama “BizSmart Challenge Accelerator Edition” (CabaranBizSmart) yang meraikan dan mengiktiraf perusahaan baharu terkemuka di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini,Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) berkata cabaran itu telah menjadi platform ikonik dalam ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan menganugerahkan hadiah wang tunai berjumlahRM550,000 kepada 13 pemenang.

“Anugerah ini menekankan komitmen cabaran untuk memupuk pelbagai PKS yang berpotensi tinggi dan melengkapkan mereka dengan sumber serta peluang bagi merangsang pertumbuhan dan memacu impak perniagaan yang berkekalan.

“Dengan sokongan yang meluas, cabaran itu akan membolehkan lebih banyak PKS mengorak langkah dalam industri masing-masing dan mengukuhkan dedikasiAlliance Bank untuk mencetuskan generasi baharu usahawan inovatif di Malaysia pada masa akan datang,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif KumpulanAlliance BankKellee Kam berkata sokongan berterusan daripada rakan kongsi -Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC), Cradle Fund Sdn Bhd, 1337 Ventures Sdn Bhd dan5X Capital – mereka komited untuk menyediakan bimbingan dan pandangan industri termasuk sumber serta peluang untuk membolehkan PKS berkembang.

“Dalam usaha kami untuk menjadi ‘The Bank For Life’, kami terus berusaha untuk memperkasakan pemimpin perniagaan generasi baharu supayamemberikan impak yang bermakna dalam industri dan komuniti mereka,” katanya.

Mengenai pemenang, bank itu berkataketiga-tiga syarikat tersebut berjaya menampilkankecemerlangan dalam perniagaan masing-masing, menarik perhatian hakim dengan kepintaran dalam perniagaan, inovasi dan potensi berkembang mendahului 10 finalis lain yang mengagumkan.

“BioLoop, firma bioteknologi yang menumpukan kepada pengurusan sisa lestaridinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang RM265,000 termasuk beberapa anugerahseperti ‘Cradle Partner Selection Award’ dan Anugerah Kategori Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC),” katanya.

Syarikat tersebut menggunakan teknologi “Black Soldier Fly Larvae”untuk menukar sisa makanan menjadi makanan haiwan berprotein tinggi dan baja organik.