Kredit: FB – Alliance Bank Malaysia
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Iteenews) –Alliance Bank Bhd telah diiktiraf atas komitmennya untuk mempromosikan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.
Pengiktirafan ini menjadikan bank itu dijemput untuk berucap di Sidang Kemuncak PemimpinKompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGC) diJavits Centre, New York pada 24 September, 2024.
Alliance Bank dalam satu kenyataan berkatasidang kemuncak global yang diadakan semasa Perhimpunan Agung PBB peringkat tinggi itu telah menarik lebih 1,500 pemimpin korporat, pegawai PBB, pemimpin kerajaan, pihak berkepentingan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan golongan profesional dari pertubuhanmasyarakat sivil dari lebih 85 negara. .
Semasa sesi panel bertajuk ‘Do’s and Don’ts of Sustainability Supply Chains,’ ketua pegawai strategi kumpulan bank itu, Aaron Sum menekankan komitmen Alliance Bank untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mengemudilandskap ESG yang kompleks melalui Program Impak Kelestarian bank itu, memfokuskan kepada advokasi, nasihat dan penyelesaian.
“Kerja advokasi dan pembinaan kapasiti kami dengan UNGC di Malaysia menyerlahkan bahawa kemampanan tidak seharusnya dilihat sebagai perkara berkaitanpematuhan sahajatetapi sebagai sumber kelebihan daya saing. Mengamalkan amalan mampan boleh memberikan perniagaan kelebihan berbanding pesaing," katanya.
Beliau juga memetik penyelidikan dilakukan baru-barubersama Monash University Malaysia dan UNGC di Malaysia baru-baru ini mendedahkan sebanyak 38 peratus PKS yang telah menerima amalan mampan dalam perniagaan mereka menyaksikan peningkatan hasil melebihi 50 peratus.
Melalui Program Kesan Kemampanan, Alliance Bank telah meluluskan kira-kira RM1 bilion pinjaman perniagaan kecil sejak dua tahun lepasuntuk menyokong PKS dalam peralihan kemampanan mereka.
Alliance Bank juga merupakan satu-satunya institusi kewangan dari Malaysia yang hadirdan berucap pada sidang kemuncak itu, ia bertujuan untuk meningkatkan tahap kemampanan.
— BERNAMA