Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Iteenews) — Bursa Malaysia dijangka meneruskan trajektori peningkatannya pada minggu depan, dipacu oleh aktiviti memperelok akaun pada akhir tahun selain sokongansentimen positif pada masa ini, kata UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd.
Ketua Penyelidikan PelaburannyaMohd Sedek Jantan juga kekal optimis indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berupaya mencecah paras menghampiri unjuran firma itu pada1,650 bagi tahun ini.
Beliau berkata ini berikutan pergerakan indeks pada minggu ini yang mengakhiri dagangan melepasi paras rintangan 1,620.
“Jangkaan itu diperkukuhkan lagi dengan unjuran pelabur asing akan kembali ke pasaran selepas cuti Krismas selain faktor-faktor positif seperti prospek ekonomi global yang lebih baik serta kemungkinan pelonggaran dasar monetari,” katanya kepada Iteenews.
Mohd Sedek juga menyifatkan prestasi kukuh pasaran itu baru-baru ini, didorong terutamanya oleh saham-saham tenaga dan utiliti yang dipacu oleh aktiviti memperelok akaunakhir tahun oleh kalangan pengurus portfolio.
“Aliran peningkatan itu berlaku tanpa penyertaan pelabur asing, sekali gus menekankan daya tahan pemacu pasaran domestik,” katanya.
Dalam minggu dagangan singkat susulan cuti yang baru berakhir, indeks penanda aras FBM KLCI menyaksikan aliran meningkat di tengah-tengah minat belian berterusan yang menjejaki sentimen positif pasaran Wall Street serta prestasi pasaran serantau.
Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat,FBM KLCI menokok sebanyak 36.73 mata kepada 1,628.12 daripada 1,591.41 dalam minggu sebelumnya.