Aktif Kongsi Ilmu Di TikTok, Mohd Nazrul Kini Genggam Ijazah Sains Pertanian

fb Universiti Putra Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Iteenews) –Bekerja dalam bidang akademiksertaaktifberkongsi ilmu berkaitan pertanian di aplikasi TikTok, menyuntik semangatMohd Nazrul Anisuntuk terus menimbapengetahuan dalam bidang berkenaan hingga berjaya menggenggamIjazah Sarjana MudaSains Pertaniandaripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Penolong Pegawai Pertanian di Fakulti PertanianUPM berusia 32 tahun itu yang ditemui selepas Majlis Konvokesyen UPM ke-48 hari ini, berkatabeliau belum puas dengan pencapaiannya dan sentiasa berazam untuk menambahilmu tentang pertanian ke peringkat lebih tinggi.

"Saya menyambung pengajian bukan sekadar untuk menambah kelayakan tetapi untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran agarseiring antara teori dan praktikal.

"Pekerjaan saya dalam persekitaran akademik juga menyebabkan saya mahumenjadi contoh kepada pelajar dan rakan sekerja. Saya yakin ilmu dalam bidang pertanian ini sangat luas dan masih banyak yang perlu diterokai,” katanya.

Mengulas mengenai usahanya memanfaatkan platform TikTok untuk berkongsi ilmupertanian, Mohd Nazrul berkatabeliau mahu memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang berkenaan yang kaya dengan inovasi dan teknologi.

"Bukan semua orang sedar betapa pentingnya pertanian dalam kehidupan kita terutamanya isu keterjaminan makanan negara, iakini menjadi isu perbincangan global dan akan menjadi ancaman jika tidak diatasi.

"Masyarakat juga perlu ubah persepsi bahawa bertani itu kotor dan penat. Menerusi teknologi moden, pertanian boleh jadi sesuatu yang menarik dan menjana pendapatan lumayan,” katanya sambil memaklumkan idea untuk berkongsi ilmu di TikTok itu adalah cetusan isterinyaNoreena Abd Rahman.

Beliau berkataia bermula apabila isterinya melihatkoleksi gambar dan video tanaman serta berkaitan pertanian di telefon bimbitnya.

"Istericadangkan agar saya gunakan gambar dan video itu untuk buat TikTok, dari situ saya mula memberanikan diri menghasilkan kandungan berkaitan tanaman kontan untuk mendidik masyarakat," katanya.