KOTA KINABALU, 14 Jan(Iteenews) — Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menyasarkan untuk menerbangkan lima juta penumpangke Sabah melalui Kota Kinabalu, Sandakandan Tawau pada2025, hampir dua kali ganda daripada 3.7 juta ketibaan yang direkodkan pada 2024.
Dalam kenyataan hari ini, Air Asia berkata sasaran pertumbuhan ini merangkumi pelancong domestik dan antarabangsa justeru memperkukuh kedudukannyasebagai pemacu kesalinghubungan dan pertumbuhan ekonomi negeri.
“Bagi mencapai matlamat ini, rancangan pengembangan AirAsia bagi 2025 merangkumi peningkatan rangkaian sedia ada sebanyak27 laluan, termasuk 13 laluan domestik dan 14 laluan antarabangsa ke dan dari Sabah.
“Penambahbaikan ini dijangka menyumbang kepada peningkatan 35 peratus jumlah penerbangan kepada lebih 51,500 penerbangan setahun serta pertumbuhan 43 peratus dalam kapasiti tempat duduk kepada 9.8 juta tempat duduk setahun,” katanya.
Menurut kenyataan itu, pada2024, AirAsia memainkan peranan penting dalam mempromosikan Sabah bagi mencapai sasaran lebih tiga juta pelawat dengan menerbangkan sebahagian besar daripada jumlah itu.
Langkah ini memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan terkemuka yang menyokong kesalinghubungan dan pertumbuhan pelancongan negeri, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aviation Group Bo Lingam dalam kenyataan samaberkata Sabah adalah pasaran penting dalam rangkaian AirAsiajusteru berbangga menjadi syarikat penerbangan terkemuka yang menghubungkan rantau ini ke Malaysia dan pasaran antarabangsa utama.
Beliau berkata sasaran untuk menerbangkan lima juta tetamu pada 2025 disokong oleh pelaburan besar dalam kapasiti operasi untuk meningkatkan penerbangan dan usaha pemasaran bersasar.
Menurutnya menerusi peningkatan ketibaan pelawat, inisiatif ini berpotensi mewujudkan impak pengganda ekonomi yang besar kepada rantau ini dan perniagaan tempatan, didorong oleh rantaian bekalan yang kukuh dan peningkatan perbelanjaan pelancong.