Pesawat AirAsia AK 336 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 di sambut dengan water salute sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo. Pengarah Urusan AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra (dua, kanan) bergambar kenangan bersama Wakil Kedutaan Indonesia di Malaysia Hendra Purnama Iskandar (dua, kiri) pada Majlis Penerbangan Sulung AirAsia dari Kuala Lumpur ke Labuan Bajo, di Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo. Pengarah Urusan AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra ketika ditemui media pada Majlis Penerbangan Sulung AirAsia dari Kuala Lumpur ke Labuan Bajo, di Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo. Pengarah Urusan AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra (dua, kiri) menyerahkan cenderahati kepada Kepala Unit Penyelengaraan Bandar Udara (UPBU) Komodo Labuan Bajo Ceppy Triono (tengah) pada Majlis Penerbangan Sulung AirAsia dari Kuala Lumpur ke Labuan Bajo, di Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo. Pengarah Urusan AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra (enam, kanan) bergambar kenangan pada Majlis Penerbangan Sulung AirAsia dari Kuala Lumpur ke Labuan Bajo, di Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo.
Daripada Norhayati Mohd Akhir
LABUAN BAJO (Indonesia), 3 Sept(Iteenews) –Penerbangan sulung AirAsia dari Kuala Lumpur ke Labuan Bajo, yang diterbangkan oleh Kapten Ng Foo Yeemendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo hari ini, menandakan pengembangan syarikat penerbangan itu ke destinasi baharu di ASEAN.
Penerbangan AirAsia AK336 menggunakan pesawat Airbus A320, berlepas dari Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10.55 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo pada2.30 petang waktu tempatan, dengan jumlah penumpang yang hampir penuh.
Dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Labuan Bajo Mutiara, Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo berfungsi sebagai pintu masuk utama ke Labuan Bajo iaitu tapak Warisan Dunia UNESCO dan salah satu keajaiban dunia yang luar biasa.
Ketibaan pesawat itu disambut dengan pancutan air sebagai simbol penghormatandan para penumpang menerima cenderahati istimewa.
Semasa majlis sambutan di lapangan terbang, Pengarah Urusan AirAsia MalaysiaDatuk Kapten Fareh Mazputraberkata penerbangan secara terus itu adalah satu langkah penting dalam menyokong matlamat pelancongan Indonesia yang bercita-cita tinggi memandangkan Labuan Bajo merupakan salah satu daripada lima destinasi pelancongan paling utama negara itu.
“Kerajaan Indonesia menyasarkan untuk menarik lebih ramai pelancong dengan harapan melebihi 500,000 pengunjung dalam tahun ini.
“Kami (AirAsia) komited untuk menyumbang kepada pembangunan berterusan di Labuan Bajo sebagai destinasi bertaraf dunia dengan menjadikannya lebih mudah diakses oleh pelancong dari seluruh dunia,” katanya.
Mengulas mengenai kerjasama antara AirAsia dan kerajaan Indonesia, Fareh menyifatkan ia penting untuk mencapai sasaranyang ditetapkan untuk Labuan Bajo dan memastikan statusnya sebagai hab pelancongan utama.