Aira Azman
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Iteenews) — Pemain skuasy negaraAira Azmanmara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Bermuda 2025 selepas menewaskan kakaknya, Aifa Azman, padapusingan separuh akhir awal pagi tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Devonshire, Bermuda itupemain berusia 20 tahun berkenaan bermula kurang baik apabila tewas set pertama 4-11.
Bagaimanapun, pilihan pertama kejohanan itu bangkit memenangi tiga set berikutnya 11-4, 11-8, 11-6 untuk mara ke perlawanan akhir pertamanya pada musim ini.
Menanti Aira di pusingan akhir esok adalah pilihan kedua dari Mesir Hana Moataz yang menewaskan rakan senegaraAmina El Rihany.
Hanabagaimanapun terpaksa bermandi peluh sebelum menang 7-11,11-7, 7-11,11-7, 11-9 dalam aksi yang berlangsung hampir sejam.
— BERNAMA
<!––>