Ahli Parlimen Cadang Tubuh Jawatankuasa Teliti Risiko Forex Kepada GLIC

0bad96e493b99456a0ae89804debcf686777dd349ca92Lee Chean Chung

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Iteenews) — Ahli parlimen hari ini menyeru kerajaan supaya mewujudkan satu jawatankuasa untuk menyelaras risiko pertukaran mata wang asing (forex) terhadap operasi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Ahli parlimen Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) berkataforex merupakan antarafaktorbesar dalam menentukan keuntungan sertakerugian sesebuah syarikat atau institusi kewangan berdasarkan prestasi yang telah dicatatkan pada tahun lepas.

Memetik contoh, beliau berkata keuntungan serta kerugian yang diperoleh oleh syarikat utiliti gergasi seperti Tenaga Nasional Bhd pada tahun sebelum ini adalah dipengaruhi oleh faktor terjemahan pertukaran mata wang asing.

"Persoalannya, adakah Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu jawatankuasa bagi menyelaras risiko forex merentas GLIC?,” katanya.

"Dalam konteks pengurusan GLIC, mandat pelaburan perlu dikaji semula agar selari dengan matlamat strategik negara tanpa mengorbankan kebebasan membuat keputusan," katanya dalam sesi perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu,Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) turut mencadangkan supaya kerajaan membuat pindaan kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009 bagi mengukuhkan tindakan pengawalseliaan terhadap sektor insurans kesihatan.

Pindaan akta ini akan membantu mengawal selia premium yang ditetapkan oleh pihak syarikat insurans dan takaful bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan pembayaran premium yang melampau.

"Saya mohon dewan ini mempertimbangkan agar Akta Bank Negara Malaysia 2009 yangmengawal selia insuran kesihatan peribadi dipinda untuk hanya menggunakan penarafan komuniti dan bukan penarafan risiko," katanya.

Dalam pada itu, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) turutmencadangkan supaya diwujudkan sebuah suruhanjaya kesihatan yang akan menjadi platform bagi mengawal selia sektor kesihatan seperti isu berkaitan insurans kesihatan dan caj yang dikenakan oleh hospital swasta.