Agrobank Salur Pembiayaan Tertinggi RM10.44 Bilion Pada 2024

1394430dcde7d30fc8dddf0be985d23067e40c431c502Dari kiri, Ketua Pegawai Strategik Mohamad Taufik Mahamad Zakaria; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin; Ketua Pegawai Perniagaan Syed Hairul Anuar Syed FadzilKredit: Agrobank

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Iteenews) — Agrobank mencatat rekod penyaluran pembiayaan tertinggi sebanyak RM10.44 bilion yang merentasi semua sektor pada 2024.

Presiden merangkap Ketua Pegawai EksekutifDatuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussinberkata prestasi itu menunjukkan pertumbuhan ketara sebanyak 25.46 peratus yang mengatasi pertumbuhan tahun sebelumnya (2023) sebanyak 15.97 peratus.

Jumlah portfolio pembiayaan juga meningkat sebanyak RM1.2 bilion yang juga kenaikan memberangsangkan sebanyak 72.08 peratus berbanding pencapaian pertumbuhan pada 2023.

"Peningkatan ini didorong oleh prestasi luar biasa dicapai oleh tiga segmen perniagaan utama termasukperusahaan kecil dan sederhana (PKS)berjumlah RM547.68 juta (atau161.08 peratusmelebihi sasaran).

“Ini turut mencakupi segmen Ar-Rahnu dengan RM186.92 juta (155.76 peratus melebihi sasaran) manakalasegmen mikro berjumlah RM181.21 juta (100.67 peratus mengatasi sasaran),” katanya kepada pemberita pada Majlis Sidang Media Prestasi Agrobank 2024 dan Hala Tuju 2025 di sini, hari ini.

Menjelaskan selanjutnya,Tengku Ahmad Badli Shah berkata bagi 2025,Agrobank menyasarkan penyaluran pembiayaan sebanyak RM12 bilion atau peningkatan sebanyak RM1.6 bilion dengan segmen-segmen seperti peningkatan pengeluaran automasi, industri ruminan serta industri mikro.

Selain itu, baki deposit juga menunjukkan pertumbuhan sihat dan mencecah paras tertinggi dalam tempoh lima tahuniaitu RM13.25 bilion.

Prestasi kukuh Agrobank dalam aktiviti pengumpulan deposit juga dapat dilihat pada nisbah jumlah akaun simpanan akaun semasa(CASA) di paras 44 peratus daripada jumlah deposit danmengatasi purata industri perbankan sebanyak31 peratus.

"Jumlah pendapatan juga pada trajektori positif, mencapai RM1.26 bilion dengan pertumbuhan 9.32 peratus berbanding tahun sebelumnya yang juga pencapaian tertinggi dalam tempoh tiga tahun," katanya.