Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Wesak

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Iteenews) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganutBuddha di negara ini.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Seri Paduka Baginda bertitah hubungan erat antara kaum bukan sahaja menjadi asas kekuatan negara malah tunjang perpaduan.

“Dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, keharmonian tercipta apabila kita salingmenghormati dan memahamiantara satu sama lain.

“Bersama-sama kita membina masa depan yang lebih aman, bersatu-padu serta makmur. Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,”titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Hari Wesak disambut penganut Buddha hari ini sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia.

— BERNAMA