KUALA LUMPUR, 31 Mac (Iteenews) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuandi sini.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul,Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Selain itu, turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam MalaysiaDatuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Solat sunat Aidilfitri berkenaandiimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah.
Ini kali pertama Sultan Ibrahim menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan selepas melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17pada 31 Jan tahun lepas.
Usai menunaikan ibadah berkenaan, Seri Paduka Baginda berdua turut mendengar khutbah bertajuk “Berdamai dalam Dakapan Syawal” yang disampaikan oleh Luqman.
Sultan Ibrahim turut bersalaman dengan jemaah yang sebelum berangkat pulang kira-kira 9 pagi.
Sementara itu, Luqman ketika menyampaikan khutbah menyeru umat Islam untuk memanfaatkan keberkatan Aidilfitri dalam memperbaiki hubungan persaudaraan antara hubungan kekeluargaan, masyarakat dan umat Islam.