Kredit: FB – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Iteenews) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
“Semoga perayaan inimembawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada mereka yang menyambut Hari Natal,” titahSeri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim turut bertitahmasyarakat Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum, agama dan budaya menjadi tunjang perpaduan negara.
Hari Krismas disambutpada 25 Dissetiap tahun olehpenganut Kristian.
— BERNAMA