Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 30 Jan(Iteenews) — Kelewatan dalam menyambungsemula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025,dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Pakar ekonomi dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (MIAT)Universiti Kuala LumpurProf Madya Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata penjadualan semula ini boleh memberi impak negatif kepada persepsi terhadap KLIA.
Aerotrain,yang menjadi kaedah pengangkutan penting antara terminal lapangan terbang, telah digantung operasinya pada Mac 2023 untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf selepas mengalami kerosakan, dengan janji awal untuk memulihkan perkhidmatan tersebut mengikut garis masa ditetapkanpada Tahun Baharu.
Perkhidmatan itu, yang telah beroperasi selama 25 tahun, telah menjadi teras kepada rangkaian pengangkutan dalaman KLIA sejak 1998.
“KLIA adalah pintu masuk utama bagi warga asing, pelancongdan trafik penerbangan. Oleh itu, penting untuk menampilkan imej positif kepada orang ramai,” katanya kepada Iteenews baru-baru ini.
Beliau berkata kelewatan tersebut boleh memberi impak kepada ekosistem penerbangan berikutan penurunan yang ketara dalam 'nilai keyakinan' boleh menjejaskan daya maju ekonomi.
Jumaat lepas, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)mengumumkan bahawa perkhidmatan Aerotrain akan kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua 2025. Kelewatan itu tidak akan menjejaskan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN.