Aeon Credit Catat Untung Bersih RM62.07 Juta Bagi Suku Ketiga

8eb44a864380d63610cd23f6c824437a60e43d61be0bf

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Iteenews) –Keuntungan bersih Aeon Credit Service (M) Bhd bagi suku ketiga tahun kewangan 2025 susut kepada RM62.07 juta daripada RM85.55 juta yang dicatatkan semasa suku sama tahun kewangan lepas.

Perolehan meningkat 15.5 peratus kepada RM562 juta daripada RM486.51 juta bagi tempoh yang sama, terutama didorong oleh pertumbuhan pinjaman dan pembiayaan yang lebih kukuh.

“Bagi tempoh sembilan bulan terkumpul, keuntungan bersih susut kepada RM239.64 juta daripada RM305.10 juta tempoh sama tahun kewangan 2024 manakala perolehan meningkat kepada RM1.63 bilion daripada RM1.41 bilion,” menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Aeon Credit memaklumkan nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) berkurang kepada 2.42 peratus setakat 30 Nov, 2024 daripada 2.73 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Nisbah jumlah perbelanjaan operasi berbanding perolehan bagi suku semasa adalah 71.1 peratus berbanding 68.6 peratus pada suku y

ang sama tahun kewangan 2024.

Peningkatan nisbah perbelanjaan operasi disebabkan terutamanya kerugian susut nilai yang lebih tinggi ke atas pembiayaan belum terima iaitu RM215.307 juta, berbanding RM182.818 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelum ini.

Perkara itu juga didorong oleh perbelanjaan operasi yang lebih tinggi, sejajar dengan peningkatan transaksi dan jumlah pembiayaan, diimbangi oleh perolehan yang dicatatkan lebih tinggi.

Mengenai prospek, Aeon Credit menjelaskan pihaknya mengekalkan pendirian perniagaan yang berhati-hati berikutan ketegangan geopolitik, tekanan inflasi dan ketidaktentuan ketara yang berterusan dalam pasaran kewangan global.