Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Masdar Mohamed Jameel Al Ramahi (tengah) ketika mengadakan mesyuarat perniagaan dengan pihak Dana Kekayaan Berdaulat Emiriah Arab Bersatu (UAE). Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz (kanan). Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Masdar Mohamed Jameel Al Ramahi (dua, kiri) ketika mengadakan mesyuarat perniagaan dengan pengurus tertinggi Dana Kekayaan Berdaulat Emiriah Arab Bersatu (UAE). Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz (dua, kanan) dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir (kanan).
Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin
ABU DHABI, 13 Jan (Iteenews) — Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA),salah satu dana kekayaan terbesar di dunia dengan aset dianggarkan melebihi US$1 trilion menyatakankomitmen untuk terus mempertingkatpelaburannya di Malaysia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ADIA yang telahlama melabur di Malaysia juga mahu memberi tumpuan utama mencipta nilai yang lebih besar untuk memastikan kejayaan pelaburan di Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk usaha transformasi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).
“Sebagai pelabur global berimpak tinggi, ADIA memainkan peranan penting dalam sektor infrastruktur, kesihatan, tenaga, dan banyak lagi di peringkat global.
“Antara pelaburan utama mereka di peringkat antarabangsa termasuk lapangan terbang di United Kingdomdan Perancis, Pelabuhan Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE), serta projek infrastruktur logistik di India dan tenaga di Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Terdahulu, Tengku Zafrul mengiringi Perdana Menteri DatukSeri Anwar Ibrahim yang sedang dalam rangka lawatankerja selama tiga hari di UAE,mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi ADIA yang berpusat di Abu Dhabi.
Beliau berkatapertemuan di Abu Dhabi itu membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama pelaburan strategik antara Malaysia dan UAE.
“Dalam pertemuan ini, kami berbincang bersama Sheikh Hamed bin Zayed Al Nahyan, Pengarah Urusan ADIA, serta barisan kepimpinan lain seperti Khalil Foulathi dan Mohamed Al Ameri, yang menyatakan minat mendalam terhadap peluang pelaburan di Malaysia,” katanya.
Tengku Zafrul berkata di Malaysia, komitmen ADIA terserlah melalui pelaburan yang selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu2030 (NIMP 2030) dan rangka kerja Ekonomi MADANI.