ADIA Akan Main Peranan Penting Dalam Transformasi MAHB – Tengku Zafrul

89ed4ac7245c003dc5586a6b34fc646d67852382a4da8YB TZA

KUALA LUMPUR, 13 Jan(Iteenews) –Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan memainkan peranan penting dalam transformasi dan pelaksanaanpenstrukturan semula​​Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

ADIA,salah satu dana kekayaan terbesar di dunia dengan aset dianggarkan melebihi US$1 trilion, memberi sumbangan pentingtermasuk kerjasama dengan Global Infrastructure Partners (GIP) dalam usaha penstrukturan semulaMAHB, selain pelaburan dalam projek infrastruktur utama yang menyokong pertumbuhan mampan negara,

Menerusi hantaran di lamanInstagram beliau pada Isnin, Tengku Zafrul berkata ADIA menyatakankomitmen untuk terus mempertingkatpelaburannya di Malaysia danmencipta nilai lebih besar bagi memastikan kejayaan pelaburannya di negara inidalam pelbagai sektor termasuk transformasi MAHB.

Beliau berkata ADIA berminat untuk meneroka lebih jauhpeluang pelaburan di Malaysia.Sentimen ini turut dikongsi oleh pengarah urusan Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan dan pemimpin lain seperti Khalil Foulathi dan Mohamed Al Ameri pada pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Abu Dhabi semasa lawatan kerja tiga hari perdana menteri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Di peringkat globalADIA memainkan peranan penting dalam sektor infrastruktur, kesihatan dan tenaga. ,Antara pelaburan utama syarikat itudi peringkat antarabangsa termasuk lapangan terbang di United Kingdomdan Perancis, Pelabuhan Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE), serta projek infrastruktur logistik di India dan tenaga di Amerika Syarikat.

Mengenai penstrukturan semula​​MAHB, setakat 8 Jan, 2025, Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (konsortium) telah menerima penerimaan tawaran yang sah sebanyak 1.40 bilion saham, mewakili 84.1 peratus daripada jumlah saham terbitan dalam MAHB.

Tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat itu dibuat melalui GDA, dan pemberi tawaranbersama ialah Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd, dan GIP Aurea Pte Ltd.

GDA ialah konsortium yang bercadang untuk melakukan penstrukturan semulaMAHB, terdiri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), UEM Group Bhd yang disokong Khazanah Nasional Bhd, ADIA dan GIP milik BlackRock.

GDA berhasrat untuk menaik taraf dan memodenkan operasi MAHB, meningkatkan perkhidmatan penumpang, meningkatkan ketersambungan syarikat penerbangan danpertumbuhan trafik.