ACV 2045 Berpotensi Jadikan ASEAN Blok Yang Lebih Dihormati

Felo Majlis Profesor Negara Prof Dr Azmi Hassan

Oleh Vikneswaran Raman

KUALA LUMPUR, 28Mei (Iteenews) –Visi Komuniti ASEAN (ACV) 2045 yang diterima pakai menerusi Deklarasi Kuala Lumpur dan dilancarkan bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Isnin, berpotensi menjadikan blok yang mempunyai hampir 700 juta populasi itu lebih dihormati, terutamanya oleh organisasi barat.

Pakar Geostrategi dan Felow Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR)Prof Dr Azmi Hassanberkata ACV 2045 berasaskan dua konsep utama, iaitu keneutralan dan kepusatan akan memperkukuhblok ASEAN yang bakal menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030.

“ASEAN menjadi lebih berpusat, terlibat dalam hal-hal antarabangsa dan juga neutral, tidak berpihak kepada Amerika Syarikat (AS), China atau Rusia …kuasa-kuasa besar sekarang sedang bertelagah untuk melebarkan pengaruh mereka, terutama sekali di kawasan Indo-Pasifik.

“Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN kali ini mahu memastikan masyarakat atau penduduk ASEAN itu bangga bahawa mereka adalah sebahagian daripada ASEAN, sepertimana penduduk Kesatuan Eropah (EU). Saya lihat ACV 2045, dalam masa 20 tahun ini, akan tercapai,” katanya ketika dihubungi Iteenews.

Azmi yang jugaFelow Majlis Profesor Negaraberkata ACV 2045 -kesinambungan ACV 2025 yang dilancarkan ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sedekad lepas-bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah dalaman seperti konflik Myanmar dan Laut China Selatan, tetapi menjadi panduan dalam isu-isu antarabangsa seperti konflik India-Pakistan, krisis di Gaza dan perang Ukraine.

Ad Banner

Sementara itu, Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berpendapat bahawa ACV 2045 lebih optimistik, walaupun dikelilingi oleh cabaran lama dari dalam ASEAN sendiri dan juga dari luar rantau.

Beliau berkata padaperingkat dalaman ASEAN, cabarannya adalah untuk mencari penyelesaian yang harmoni terhadap apa yang kelihatan seperti masalah yang tidak berkesudahan, iaitu isu Myanmar.

“Cabaran luar bersifat ekonomi, khususnya berkaitan ancaman tarif Amerika Syarikat (AS) yang turut dihadapi ASEAN, lebih penting dengan mencari rakan ekonomi luar AS dari seluruh dunia.