Pengerusi Dan Pengasas Malaysian International Furniture Fair (MIFF) Datuk Dr Tan Chin Huat (tengah) selepas Sidang Media Pra Rancangan dan Rangkaian Industri Malaysian International Furniture Fair (MIFF) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. Turut serta, Pengarah Urusan Malaysian International Furniture Fair (MIFF), Kelie Lim (tiga, kiri).– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Pengerusi Dan Pengasas Malaysian International Furniture Fair (MIFF) Datuk Dr Tan Chin Huat (kanan) pada Sidang Media Pra Rancangan dan Rangkaian Industri Malaysian International Furniture Fair (MIFF) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. Turut serta Pengarah Urusan Malaysian International Furniture Fair (MIFF), Kelie Lim (kiri).– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Pengerusi Dan Pengasas Malaysian International Furniture Fair (MIFF) Datuk Dr Tan Chin Huat (kanan) pada Sidang Media Pra Rancangan dan Rangkaian Industri Malaysian International Furniture Fair (MIFF) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Iteenews) –Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2025 menyasarkan untuk mencapai peningkatan jualan sebanyak lima peratus tahun ini berbanding jualan di acara yang sama berjumlah US$1.28 bilion (US$1 = RM4.43) pada tahun lepas.
Pengasas dan Pengerusi MIFF Datuk Tan Chin Huat menjangka acara empat hari itu, yang akan diadakan di dua tempat, akan mencapai keputusan yang lebih baik tahun ini walaupun tahun sebelumnya merupakan ulang tahun ke-30 MIFF dengan rekod 715 pempamer dari 15 negara dan wilayah.
“Kami berharap agar memperoleh keputusan yang lebih positif pada 2025,”katanya semasa sidang media pada pra-tonton MIFF 2025 dan acara rangkaian industri itudi sini hari ini.
Satu kenyataan hari ini berkata MIFF 2025 akan berlangsung mulai 1 hingga 4 Mac di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia serta di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Ia merangkumi kawasan seluas 100,000 meter persegi merentasi 17 dewan pameran dan akan menjadi acara perabot terbesar serta paling global di Asia Tenggara, dengan hampir 700 pempamer telah mengesahkan penyertaan mereka.
Pengurus Besar MFF Kelie Lim berkata selain peserta Malaysia, ia turut melibatkan pempamer dari Vietnam, Singapura, Indonesia, India, Thailand, Hong Kong dan Amerika Syarikat. Kumpulan terbesar terdiri daripada China, Taiwan, Jepundan Korea Selatan. Kira-kira 20,000 hadirin dijangka dengan 8,500 pengunjung sudah berdaftar.
Selainperabot, MIFF 2025 dianggap menonjol kerana ia turut mempamerkan keunggulan perabot kayu pepejal Malaysia termasuk koleksi penyelesaian ruang kerja terbesar di rantau ini, MIFF OFFICE.
Perabot dari bahan sisa kelapa sawit yang dikitar semula akan dipamerkan lebih banyak tahun ini, usaha itu dilaksanakan dengankerjasama Panasonic Housing Solutions dari Jepun dan Shantawood, salah satu pengeluar kerusi terbesar di Malaysia.
Dua acara utama yang diadakan bersempena dengan MIFF 2025 ialah MingguKL iDesign, yang julung kali diadakan bagi memartabatkan reka bentuk Asia, yang dianjurkan dengan kerjasama Minggu Reka Bentuk Guangzhoudan penganjuran semula Anugerah Reka Bentuk Antarabangsa Kegemaran Saya untuk menyerlahkan seni bina dan reka bentuk dalaman yang luar biasa.