Abang Johari Optimis Syarikat Penerbangan Sarawak Bakal Beroperasi Dua Bulan Lagi

b6bdeffc77db7034b392818a0959e4566713c8281c5b5Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Anak Sarawak di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Turut sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Iteenews) –Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari TunOpeng optimis syarikat penerbangan milik negeri ituakan mula beroperasi dalam tempoh dua bulan lagi.

“(Isu) Syarikat belon (kapal terbang) kita mungkin boleh diselesaikan dalam tempoh dua bulan, jadi kita akan ada kapal terbang sendiri.

“Kapal terbang ini boleh membawa anak Sarawak dari Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malamsempena Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2024 yang diadakan di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sinihari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan wakil rakyat dari Sarawak.

Abang Johari berkata perkhidmatan kapal terbang milik Sarawak itujuga bakal memudahkan pengunjung dari luar berkunjung ke negeri tersebut sekali gus dapatmempromosikan tempat tarikan pelancong.

“Kita boleh bawa pelancong ke dua Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Sarawak iaitu Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Niah,” katanya.

Abang Johari sebelum ini dilaporkan berkata rancangan Sarawak untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri dijangka direalisasikan hujung tahun ini dan langkah tersebutakan melonjakkan industri pelancongan sertaperhubungan ke negeriitu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *