96 Bengkel Petronas Auto Expert Tawar Diskaun Sempena Aidilfitri

7766ea690b8db12b81547b6a36da547b67cc3a6a12ce4 Foto: Fadzli Ramli ef34a849626942dd94e977333497595e67cc3a75dd603 Foto: Fadzli Ramli

PAPAR, 8 Mac (Iteenews) — Sebanyak 96 bengkel PetronasAutoExpert (PAX) di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan servis kenderaan pada harga istimewa melalui Program Servis Ihsan MADANI@ PetronasAuto Expert (SIM@PAX) sempena sambutanAidilfitri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara HidupDatuk Armizan Mohd Ali berkata program berlangsung 15 hingga 29 Mac itu menawarkan diskaun antara 10 dan 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa bagi perkhidmatan servis kereta termasuk minyak pelincir mineral dan semisintetik.

Beliau berkata program kerjasama strategik Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Petronasitu merupakan inisiatif kerajaan di bawah agenda Payung Rahmah MADANI yang telah dimulakan pada 24 Jan lepassempena Tahun Baharu Cina.

"SIM@PAX menyasarkan pemberian manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dalam mendepani cabaran kos sara hidup melalui penjimatan kospenyelenggaraan kenderaan sempenamusim perayaan," katanya dalam kenyataan selepas merasmikan program itu di sinihari ini.

Beliau berkata program itu akan diperluaskan dengan menawarkan perkhidmatan servis kenderaan dan minyak pelincir untuk kenderaan jenis diesel, khususnya bagi membantu pengguna di Sabah dan Sarawak serta peniaga kecil yang menggunakan kenderaan jenis enjin diesel seperti trak pikap.

Orang ramai boleh menyemak lokasi bengkel yang terlibat melalui laman sesawang www.mymesra.com.my dan membuat tempahan janji temu servis kenderaan bermula hari ini menggunakan aplikasi Setel.

Sementara itu, KPDN turut menjayakan Program Ikhlas Ramadan bersama Gas Petronasdengan pemberian sumbangan Gas Petronaskepada 100 orang peniaga Bazar Ramadan Tapak Tamu Mingguan, Papar, termasuk penukaran silinder gas secara percuma sebanyak dua kali kepada penjaja yang terlibat.

— BERNAMA