Jemaah haji Malaysia
Oleh Nurliyana Farhah Ruslan
MAKKAH, 27 Mei (Iteenews) — Sebanyak 84 daripada 100 penerbangan membawa jemaah Malaysia bagi musim 1446H/2025M telah tiba di Tanah Suci melibatkan dua syarikat penerbangan utama iaitu AMAL by Malaysia Airlines (MAS) dan Saudi Arabian Airlines (Saudia).
Ketua Rombongan Haji MalaysiaMohd Hisham Harun berkata setakat semalam, MAS mengendalikan 50 daripada 55 penerbangan atau 90.1 peratusmanakala Saudia melaksanakan 34 daripada 45 penerbanganatau75.6 peratus.
“Baki 16 penerbangan lagi akan berlepas dalam tempoh terdekat dan sampai di Jeddah, iaitu lima daripada MAS dan 11 daripada Saudia untuk melengkapkan kemasukan jemaah ke Tanah Suci,” katanya ketika ditemui media selepas lawatan ke kawasan operasi masyair di sini, semalam.
Sementara itu, Mohd Hisham memaklumkan seramai 25,331 jemaah haji Malaysia telah tiba di Tanah Sucisetakat ini daripada keseluruhan 31,600 jemaah bagi musimini.
"99.8 peratus atau 25,281 jemaah telahberada di Makkah, hanya50 jemaahmasih berada di Madinah atas urusan berkaitan Jawatankuasa Kebajikan dan Ibadah Haji Malaysia (JKIM)," katanya.
Bagi musim hajiini, kerajaan Arab Saudi meluluskan31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia dan mereka dijangka tiba di Madinah dan Makkah secara berperingkat.
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Sucibermula 29 April lepas manakala penerbangan terakhir adalah pada 1 Jun ini, dengan hari wukuf iaitu 9 Zulhijjah pada Khamis, 5 Jun.
— BERNAMA