KUALA LUMPUR, 23 Okt (Iteenews) — Sebanyak 7,400 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois yang melibatkan pengeluaran 58 juta invois secara keseluruhan setakat 14 Oktober 2024, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Prestasi itu, kata kementerian,menunjukkan tahap penerimaan yang baik dalam kalangan syarikat dalam mematuhi pelaksanaan sistem invois secara elektronik.
Kementerian Kewwangan berkata fasa pertama pelaksanaan sistem itubermula pada 1 Ogos, 2024 yang melibatkan syarikat-syarikat besar dengan perolehan jualan tahunan melebihi RM100 juta.
“Fasa kedua akan bermula pada 1 Jan, 2025 melibatkan syarikat dengan perolehan tahunan sebanyak RM25 jutasehingga RM100 juta.
“Pelaksanaan e-Invois secara menyeluruh pula akan bermula pada 1 Julai, 2025 yang melibatkan semua perniagaan termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, semalam.
Kenyataan itu sebagaimenjawab pertanyaan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai dasar dan status pelaksanaan e-Invois, manfaat,cabaran sertakeupayaannya dalam meningkatkan kecekapan sistem percukaian negara dan menangani isu ekonomi bayangan.
Jelas kementerian, pelaksanaan e-Invoismemberi manfaat kepada kerajaan dan pentadbir percukaian dalam menangani isu ketirisan cukai dan ekonomi bayangan dengan maklumat diperolehi secara masa nyata dapat mengurangkan peluang perniagaan melaporkan jualan yang kurang atau melebihkan jumlah perbelanjaan.
“Nombor ID unik akan diberikan ke atas e-Invois yang disahkan bagi membolehkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)menjejaki transaksi apabila tindakan audit dilaksanakan dalam memastikan tiada perubahan, penipuan dan pemalsuan pada e-Invois.
“Langkah ini dapat meningkatkan keseluruhan kecekapan kutipan cukai dan pematuhannya, sekali gusmembantu kerajaan dalam menangani isu ekonomi bayangan,” katanya.