3REN Kembangkan Operasi, R&D Dan Kukuh Kehadiran Pasaran Melalui IPO Akan Datang – MTDC

221b9ffbc659a323ff86396ea23529af670652cb16d4dKredit: MTDC

KUALA LUMPUR, 9 Okt(Iteenews) –Tawaran awam permulaan (IPO) 3REN Bhd (3REN) akan membolehkan kumpulan itu mengembangkan operasi, meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunansertamengukuhkan kehadirannya dalam pasaran utama, kataPerbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

3RENialah penyediapenyelesaian automasi dan perkhidmatan kejuruteraanyang memberi tumpuankepada sektor semikonduktor, elektronik dan pembuatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTDCMohammad Hazani Hassandalam satu kenyataan hari ini berkata pelancaran prospektus 3RENmenandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan syarikat, malah, MTDC berbanggakerana memainkan peranan dalam membantu 3REN mencapai sehingga ke tahap ini.

Menurut Mohammad Hazani, MTDC merupakananak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhdtelah memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dalam perjalanan pertumbuhan 3REN yang mengagumkan.

“Melalui anak syarikatnya, Sophic Automation Sdn Bhd, MTDC memudahkan pelaburan besar sebanyakRM8.8 juta melalui Dana Pertumbuhan Perniagaan sekali gusmembolehkan 3REN meningkatkan inovasinya di peringkat serantau dan global.

“Untuk mengukuhkan lagi komitmennya terhadap kejayaan jangka panjang 3REN, MTDC baru-baru ini menukar 8,800 saham keutamaan boleh tukar boleh tebus (RCPS) kepada 71,700 saham biasa, menekankan peranan utamanya dalam memacu pengembangan berterusan syarikat dan potensi masa depan,” katanya.

Sebagai tambahan kepada pelaburan kewangannya, MTDC berkata pihaknyamenyediakan khidmat nasihat strategik, memudahkan rundingan utamadan menawarkan bimbingan berterusan sepanjang perjalanan pertumbuhan 3REN bagimemastikan syarikat kekal menumpukanpada matlamat jangka panjangnya.

“Kami komited untuk menyokong syarikat teknologi berpotensi tinggi, memacu pemodenan perindustrian negaradan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab serantau bagi pembuatan teknologi tinggi,” kata perbadanan itu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *