25 Syarikat Sertai Malaysia Semiconductor Recruitment Day 2024

c215f2a85823da69e1472cb59ab040bb66fff0993355eKredit: Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Iteenews) — Lebih 25 syarikat menyertaiMalaysia Semiconductor Recruitment Day 2024 yang bermula hari ini, dengan lebih 2,000 siswazah mendaftar dalam acara dua hari itu bagi menghubungkan pencari kerja dan pemain industri.

Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) yang menganjurkan acara itu dengan kerjasamaMalaysia Advanced Semiconductor Academy berkata acara itu merupakan pencapaian penting dalamperjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju industri semikonduktor global.

"Ia merupakan peluang terbaik kepadapencari kerja untuk mendapatkan akses terus kepada bakal majikandan pengurus pengambilan pekerjadaripada syarikat semikonduktor terkemuka. Temu duga secara langsung turuttersedia, memberikan peserta peluang kerjaya baharu.

"Turut ditawarkan di acara itu ialah perundingan kerjaya dan bengkeluntuk membantu pencari kerja mempertajam strategi permohonandan memperhalusi pembangunan profesional mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Sidec berkata peserta juga berpeluang membina rangkaian untuk membolehkan merekaberhubung dengan profesional industri bagi menawarkan pandangan dan hubungan berharga yang boleh membentuk kerjaya masa depan mereka dalam industri semikonduktor.

Antara syarikat utama yang mengambil bahagian termasuk NXP, Renesas, Infineon, Inari Amertron, Neways, Vitrox, STMicroelectronics, HCLTech, Chipsbank, Betterlife, Oppstar, Synopsys, Skyechip, dan AppAsia.

Syarikat-syarikat ini aktif mencari pekerjabagi mengisi jawatan seperti jurutera reka bentuk RTL, jurutera pengesahan reka bentuk, jurutera reka bentuk fizikal, jurutera reka bentuk litar analog dan jurutera reka bentuk susun atur, dengan gaji permulaan RM5,000 untuk jurutera peringkat permulaan.

“Syarikat yang mengambil bahagian membuat pembentanganuntuk mempamerkan teknologi canggih mereka, projek berterusan dan peluang pembangunan kerjaya. Ia akan memberikan peserta maklumatberharga terhadap hala tuju industridan peranan yang boleh mereka mainkan dalam memacu inovasi ke hadapan,” kata Sidec.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *