2,000 GLC Akan Diaudit Mulai Tahun Depan – Ketua Audit Negara

dcf733327c7cc0572eabcb66b9487f6766fa55ce66cc3

KUALA LUMPUR, 30 Sept(Iteenews) — Jabatan Audit Negara (JAN) akan melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai tahun depan dalam usaha mewujudkan era baharu tadbir urus di Malaysia.

Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata tindakan itu susulan daripada kelulusan PindaanAkta Audit 1957 pada Julai 2024yang memperluas kuasa Ketua Audit Negara dengan ketara, sekali gus membolehkan pengawasan perbelanjaan awam di Malaysia secara lebih menyeluruh.

“Pada tahun depan, kamiakan memperkenalkan satu pendekatan baharu bagi memastikan kesemua 2,000 GLCyang diwartakanitudiaudit. Tiada satu pun entiti akan tertinggal dan semua akan diaudit dalam pusingan pertama,” katanya pada sesi bual santai Persidangan Kebangsaan Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) 2024 di sini, hari ini.

Wan Suraya berkata ini akan disusuli dengan beberapa saringan untuk mengenal pasti entiti berisiko rendah dandiikuti dengan analisislebih terperinci untuk memastikan tadbir urus sertaakauntabiliti ini terus dipertingkat.

Beliau turut menegaskan bahawa JAN menerimagunaera baharu akauntabiliti dan tadbir urus melalui pendekatan inovatif, terutamadalam aspek penyepaduan teknologi.

“Hasil dapatan audit kami adalahdigital sepenuhnya pada tahun depan dari segi kaedah pengauditan yang dijalankan sertaaspek analisis data.

“Pada masa ini kamisedang berusaha dengan beberapa pihak berkepentingan dalam memahami teknologi baharu dan bagaimana inidilaksanakan di peringkat sektor swasta,” katanya.

Wan Suraya berkata kalangan juruaudit akan memastikan pengumpulan data dilakukan secara teratur dalam ruang lingkup teknologi baharu selain memastikan aspek kerahsiaan terus terjamin.

Jabatan itu juga, katanya, akan bekerjasama erat dengan IIAM dan Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta entiti lain yang terbabit dalam sektor pengauditan bagi mencapai matlamatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *