20 Syarikat Terima Geran I-BAP Bernilai Hampir RM1.5 Juta

d1f5b4d0880624cfe5f177c44a345b136747326c4ee96 Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan (tiga, kiri) menyampaikan Surat Tawaran Penerima I-BAP kepada Winpix Photo Booth yang diwakili Pavithiran Gunasegar (tiga, kanan) pada Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Penyerahan Surat Tawaran Kepada Penerima I-BAP di SME Corporation Malaysia hari ini.Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Rizal Nainy (dua, kanan). 8785116c8f7fcf3abbfbc43572185b56674732233feb5 Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan (duduk, tengah) bergambar bersama Penerima I-BAP pada Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Penyerahan Surat Tawaran Kepada Penerima I-BAP di SME Corporation Malaysia hari ini.Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Rizal Nainy (duduk tiga, kanan).

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Iteenews) — Sebanyak 20 syarikat telah diluluskan geran bernilai hampir RM1.5 juta menerusi Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan berkata kumpulan penerima ini adalah kumpulan pertama selepas permohonan ditutup pada 31 Oktober lepas.

"(Jumlah) yang diluluskan bagi bantuan kewangan inisebanyak RM6 juta tetapi permohonan yang kami terima hampir RM26.14 juta.

"Bagi tahun akan datang, saya akan berbincang dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Rizal Nainy dan dibawa kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk mendapatkan bantuan peruntukan lebih besar bagi I-BAP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis ramah mesra dan sesi penyerahan surat tawaran kepada 20 penerima kumpulan pertama I-BAP di sini hari ini.

Menurutnya sebanyak 61 lagipermohonan I-BAPsedang dinilai, menjadikan lebih 70 perusahaan kecil milikan usahawan India dijangka menerima bantuan kewangan berkenaan.

Program I-BAP yang diumumkan oleh Ramanan pada 27 September lepas menawarkan Geran Padanan sehingga RM100,000 bagi membantu perusahaan kecil milikan usahawan India meningkatkan kapasiti dan keupayaan serta prestasi perniagaan.

Ramanan berkatabantuan itu merangkumi perbelanjaan untuk perolehan mesin dan peralatan bagi meningkatkan kualiti produk serta produktiviti dan kecekapan pengeluaran, adaptasi teknologi maklumat dan komunikasi serta e-dagang, penerapan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus, pensijilan produk dan pelaksanaan aktiviti pemasaran serta promosi.

"Peruntukan khusus untuk usahawan India melalui I-BAP membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan pembangunan komuniti India sejajar dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menyasarkan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih saksama dan inklusif.