10 Pemula Niaga Menyerlah Di SAP 2024, Sasar Pertumbuhan Peringkat Global

b48f4ffb2cdb58ddc80a5db36ea4e7b26714e9b7ded98Kredit :Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC)

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Iteenews) –10 pemenang dalam Program Pemecut Selangor (SAP 2024) akan bersamalebih 190 syarikat pemula niaga lain yang turutmenyertai program itu sejak dilancarkan pada 2018.

SAP adalahinisiatif utamaPerbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor(SIDEC).

“Sebanyak 41 peratus peserta sebelum inimemperoleh pembiayaan dan kebanyakannyamendapat pendedahan antarabangsa menerusiperkongsian dan lawatan sambil belajar.

“SAP 2024 sudah bersedia untuk meneruskan legasinya membawasyarikat pemula niagaberpotensi tinggi ke pasaran global,” kata SIDEC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena dengan Hari Demo Terakhir diadakan semasa Konvensyen Bandar Pintar danEkonomi Digital (SDEC) Selangor 2024 semalam.

10 pemenang SAP 2024, masing-masing menerima hadiah seperti bimbingan, pendedahan pelabur dan akses kepada peluang pengembangan antarabangsa antaranyaAlphaswift, Baituljannah, Shieldbase, Vcred dan Homesifu di bawah ‘Vertical 1’: Kecerdasan Buatan (AI) Tertumpu pada Penyelesaian Perniagaan, Mobiliti, Robotik dan bidang berkaitan.

Untuk ‘Vertical2’ pula ialah Bioteknologi, Penjagaan Kesihatan, Agritech, Net Zero dan Sains Hayat, pemenang ialah Green Advantex, Qarbotech, Atoz, Zoala dan Vidanex.

SIDEC berkata sejak tiga hingga empat bulan lepas, 20 finalis SAP 2024 telah menjalani latihan intensif melalui program berstruktur merangkumi bengkel komprehensif, sokongan mengumpul dana, lawatan industri dan peluang untuk jangkauan dan pengembangan antarabangsa.

"Hari Demo Terakhir menandakan kemuncak perjalanan mereka, mempamerkan penyelesaian inovatifmereka kepada panel pakar industri, pemodal teroka dan pemimpin daripada ekosistem teknologi," katanya.

SAP 2024, kini dalam edisi ketujuh,terus menjadi asas kepada strategi Selangor untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *