Wanita tuntut cerai, suami culas nafkah sejak kahwin

geli nafkah

Wanita itu berdiri di hadapan Mahkamah Agama sambil memegang surat perceraian. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia nekad memfailkan perceraian kerana suaminya tidak pernah memberikan nafkah anak sepanjang mereka berkahwin, lapor portal berita Wolipop semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaunnya @ummaalifaazzahra memaparkan wanita itu berdiri di hadapan Mahkamah Agama sambil memegang surat perceraian. 

Menurut wanita itu, dia tidak pernah diberikan nafkah sepanjang satu tahun dan tiga bulan mereka mendirikan rumah tangga. 

Perbuatan itu tidak dapat diterima si isteri, menyebabkan dia nekad bercerai. 

Dia juga telah memulangkan cincin dan hantaran sebanyak 3 juta rupiah (RM777) kepada suaminya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 148,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Ingat, tanggungjawab anak sampai ke akhirat,” kata seorang netizen. – AGENSI