Wanita tidak jadi minta putus, kekasih ‘transfer’ lebih RM38,000

geli putus

Imej menunjukkan resit transaksi yang diberikan kepada kekasihnya. – TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia menjadi perhatian ramai apabila memberikan wang 150 juta rupiah (RM38,956) kepada kekasihnya selepas wanita berkenaan meminta untuk memutuskan hubungan mereka, lapor portal berita Lambe Turah.

Imej dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @phykara menunjukkan pebualan antara lelaki tersebut dan pasangannya.

Perbualan mereka  bermula dengan beberapa ayat meluahkan rasa kecewa dan keinginan untuk memutuskan hubungan oleh gadis tersebut.

Dia turut meminta pelbagai barang berharga termasuk beg berjenama, produk kecantikan muka, makanan dan set pakaian sukan.

Situasi tegang bagaimanapun berubah ceria apabila lelaki itu segera memohon maaf lalu membuat transaksi berjumlah 150 juta rupiah ke dalam akaun bank kekasihnya.

Rakaman itu mencatatkan lebih 13.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Macam mana nak cari lelaki seperti ini?” kata seorang netizen.

“Wanita bertuah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI