Wanita seludup syabu, ekstasi dalam alat sulit untuk suami

Geli sabu1 1

SEORANG wanita ditahan kerana menyeludup dadah di dalam alau sulitnya. – Foto Viva

JAKARTA  – Seorang wanita menyeludup dadah dengan menyembunyikan narkotik itu di bahagian  kemaluan untuk dibawa kepada suaminya  yang ditahan di penjara, lapor portal berita Kabar Gayo semalam.

Wanita dikenali sebagai EN itu cuba membawa  masuk syabu seberat 4.95 gram dan 6 pil ekstasi kepada suaminya yang menjalani hukuman di penjara kelas II, Salemba, Jakarta Pusat,

Namun, semasa tubuh wanita itu diperiksa oleh  anggota pasukan keselamatan sebelum dia menemui suaminya, dadah itu ditemui di ruang kemaluan suspek.

Ketua penjara itu, Beni Hidayat berkata: “Kami menangkap EN ketika dia cuba menyeludup dadah. Kami menemui syabu seberat 4.95 gram dan 6 biji pil ekstasi,” katanya.

Sementara itu, wanita itu sendiri mengaku masuk ke penjara itu untuk menjenguk suaminya yang merupakan pesalah dadah. 

Dia menyatakan bahawa suaminya memesan barang haram tersebut. – AGENSI