Wanita satu-satunya penduduk di bandar kecil

Geli bandar scaled

GAMBAR fail Elsie Eiler (dua dari kanan) di Monowi. – Foto Pejabat Syerif Knox County/Facebook

WASHINGTON – Seorang wanita berusia 94 tahun menjadi satu-satunya penduduk di bandar Monowi, Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita The Sun semalam.

Elsie Eiler menjadi datuk bandar, pustakawan dan pelayan untuk pemandu trak yang  berhenti rehat untuk menikmati minuman di restorannya di bandar tersebut dalam negeri Nebraska.

Selama lebih dua dekad, Elsie yang dilahirkan di Monowi,  menjadi satu-satunya penduduk di bandar itu selepas suaminya meninggal dunia pada 2004.

Elsie mengambil serius peranannya sebagai datuk bandar.

Pekerjaannya termasuk memperbaharui lesen dan memastikan lampu di bandar itu terus menyala pada waktu malam.

Menjelang tahun 1980, hanya 18 orang tinggal di Monowi.

Semasa bancian tahun 2000 dilakukan, jumlah itu menurun kepada hanya dua orang iaitu Elsie dan suaminya. – AGENSI