Wanita kerat kemaluan kekasih, siar gambar dalam WhatsApp  

potong kemaluan kekasih berkhalwat

Daiane Farias dihukum penjara empat tahun dan lapan bulan. – CEN

BRASILIA – Seorang wanita di Brazil dihukum penjara empat tahun dan lapan bulan kerana  memotong alat sulit kekasihnya yang ditangkap curang dengan anak saudaranya sendiri, lapor saluran berita Daily Star semalam. 

Kejadian berlaku pada 22 Disember 2023, 10 hari selepas tertuduh bernama Daiane Farias, 34, menangkap mangsa di ranjang bersama anak saudaranya yang berumur 15 tahun. 

“Tangan mangsa bernama de Oliveira, diikat pada kepala katil sebelum alat sulitnya ‘diputuskan’ dengan pisau cukur. 

“Tertuduh merakam gambar organ tersebut lalu dikongsikan kepada keluarganya  melalui aplikasi mesej WhatsApp, sebelum dibuang ke dalam tandas,” kata Hakim Giuliana Herculian. 

De Oliveira menyifatkan Farias sebagai ‘penjenayah’ dan menyatakan bahawa kekasihnya  wajar dipenjarakan. 

Lelaki itu bagaimanapun berubah hati dan sanggup bekerja sebagai juru hias kuku di penjara, untuk bersama Farias. 

“Jika saya tidak melakukan hubungan intim dengan anak saudara Farias pada hari lahirnya, semua ini tidak akan berlaku. 

“Dia merupakan seorang wanita yang hebat dan penyayang. Dia tidak layak dikhianati seperti ini,” kata de Oliveira. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *