Wanita kelar muka pelajar dalam MRT

geli kelar

Tangkap layar menunjukkan dia dikepung dengan beberapa penumpang lain di dalam MRT. – Threads

TAIPEI – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan seorang wanita mengelar muka penumpang menggunakan pisau di dalam sebuah gerabak kereta api Transit Aliran Massa (MRT) di Taiwan, lapor portal berita Must Share News semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 10.10 malam (waktu tempatan) di Stesen Jiangzi Cui pada Jumaat lalu. 

Rakaman yang dimuat naik di platform Threads oleh akaun @@chienchien86 menunjukkan suspek yang dikenali sebagai Wang, menyerang seorang pelajar sekolah di dalam kereta api.

Orang ramai terkejut apabila melihat wajah pemuda tersebut berlumuran darah. 

Wang segera dikepung oleh seorang pegawai keselamatan dan beberapa penumpang lain ketika dia cuba melarikan diri. 

Seorang pegawai polis berkata, suspek baru dipecat daripada pekerjaannya sebagai kerani sebelum kejadian tersebut. 

“Suspek mendakwa dirinya diekori dan dikutuk oleh seseorang, menyebabkan dia mengelar mangsa menggunakan pisau.

“Mangsa bagaimanapun tidak mengenali suspek,” tambahnya. 

Suspek ditahan atas cubaan membunuh dan diserahkan ke Pejabat Pendakwa Daerah New Taipei. – AGENSI