Wanita bayar pakej umrah lebih RM8,000 guna syiling

geli syiling

Beberapa kakitangan sedang mengira jumlah duit syiling yang dikumpul sejak 2020. – Kompas.com

JAKARTA – Seorang wanita di Jombang, wilayah Jawa Timur tular di media sosial kerana membuat pembelian pakej umrah menggunakan duit syiling berjumlah 31 juta rupiah (RM8,464), lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Wanita bernama Lilik Setyorini berkata, syiling tersebut merupakan tabungan daripada baki duit belanjanya. 

“Saya mengumpul duit syiling ini sejak 2020 lagi,” kata Lilik. 

Ketua Pegawai Eksekutif Travel Assalam Berkah Abadi, Buya Febri menyifatkan kejadian tersebut sebagai pengalaman luar biasa.

“Ini sangat luar biasa kerana belum ada jemaah yang membayar pakej umrah menggunakan duit syiling. 

“Kami tidak rasa susah. Semoga usaha yang dilakukan oleh Lilik menjadi inspirasi kepada  masyarakat umumnya,” kata Buya.

Buya juga mendapati jumlah keseluruhan syiling tersebut melebihi daripada 31 juta rupiah.

“Lilik akan menunaikan umrah menjelang 14 Oktober ini,” tambahnya. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *