Wanita batal kahwin, calon suami meninggal dunia

geli kahwin

Tangkap layar menunjukkan pasangan itu berdiri di atas pelamin semasa akad nikah. – TikTok

JAKARTA – Seorang remaja di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial kerana terpaksa membatalkan perkahwinan selepas calon suaminya meninggal dunia, lapor portal berita Wolipop semalam. 

Berita sedih itu dikongsikan menerusi platform TikTok oleh akaun @mocici_ pada bulan lalu. 

Rakaman yang dimuat naik daripada  akaun sama menunjukkan pasangan itu berdiri di atas pelamin. 

Ia kemudian memaparkan surah Yasin yang dilengkapi dengan nama, wajah, tarikh lahir dan tarikh pemergian calon suaminya. 

“Al-fatihah untuk calon suami saya,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 5.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Bagaimana untuk melanjutkan kehidupan kalau seperti ini?” komen seorang netizen. 

“Saya tidak boleh bayangkan sakit dan derita yang dihadapi,” komen netizen lain. – AGENSI