Wajah manusia tersenyum di Planet Marikh

Geli Marikh2

GAMBAR seperti manusia tersenyum di Marikh. – Foto ESA

BRUSSELS – Sebuah kawasan di permukaan Planet Marikh kelihatan seperti lakaran wajah manusia sedang tersenyum, lapor portal berita Daily Star semalam.

Kawasan itu dirakam oleh sebuah kapal angkasa penjelajah planet tersebut milik Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA).

Rakaman itu mendorong saintis-saintis mempercayainya sebagai tanda  kehidupan pernah wujud di planet tersebut.

“Gambar ini menunjukkan dua kawah dan pembentukan garam luar biasa di permukaan Marikh seperti wajah manusia yang sedang tersenyum.

“Mendapan ini iaitu  sisa-sisa sumber air purba menunjukkan zon yang boleh dihuni sejak berbilion tahun dahulu,” kata  pakar- pakar ESA.

Menurut ESA, sisa mikrob yang pernah hidup di dalamnya mungkin masih terpulihara kerana terdapat kandungan garam di kawasan tersebut.  -AGENSI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *