[VIDEO] \’Pasangan pengantin tinggi macam Menara Berkembar Petronas\’

WhatsApp Image 2025 02 07 at 10.08.39 f1a65598

Tangkap layar video pasangan pengantin berkenaan yang memiliki ketinggian luar biasa.

PETALING JAYA – “Kalau aku duduk tengah dia orang macam dah bergambar dengan Menara Berkembar Petronas.”

Itu luahan seorang individu apabila menyaksikan pasangan pengantin baharu yang kedua-duanya memiliki ketinggian luar biasa.

Menerusi perkongsian video oleh pengantin wanita berkenaan yang menggunakan nama SchaYang di media sosial, dia dan suami masing-masing berketinggian 186 dan 195 sentimeter (cm)

Orang ramai rata-rata teruja dengan kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki kedua-duanya dan menyifatkan mereka adalah pasangan yang sangat sepadan.

“Ketinggian yang dicemburui oleh para lelaki dan perempuan yang nak jadi model,”ujar seorang pengguna.

“Wah, tinggi betul suami 195 cm, jarang-jarang lelaki tinggi macam tu!,”komen @CheWanSofianShop.

“Senangnya lah jumpa laki tinggi. Aku yang tinggi 170 cm ni pun susah betul,”kata seorang lagi pengguna. – https://amiminerals.org/

@itsscha_here Replying to @Rouge 🤭🤭🤭🤭#tall #tallcouple #kawin #brideshower @syahmi__07 ♬ Aku Yang Jatuh Cinta – Dudy Oris