[VIDEO] Lepas letupan paip gas, penduduk diuji pula banjir

ad75541c 5eb3 4889 9230 8c5c7b5437ba

Keadaan Kampung Tengah, Puchong yang dinaiki air mencecah paras pinggang.

PETALING JAYA – Belum sempat penduduk Kampung Tengah, Puchong menarik nafas lega ekoran tragedi letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada 1 April lalu, kini mereka diuji pula dengan kejadian banjir hari ini.

Hujan lebat dan petir berterusan sejak pukul 1 pagi menyebabkan beberapa kawasan rendah di kampung tersebut dinaiki air mencecah paras pinggang.

Keadaan itu memaksa sebilangan penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan.

Menerusi perkongsian @EiraSoo di TikTok, hujan lebat selama lapan jam menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat di kawasan terbabit.

“Allahuakbar. Ujian kedua sempena raya pada tahun ini. Baru-baru ini letupan gas menyebabkan rumah terjejas di kawasan belakang.

“Baru sehari dapat masuk rumah, pagi ini diuji pula dengan banjir,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video tersebut turut memaparkan pasukan penyelamat menggunakan bot untuk memindahkan penduduk ke kawasan selamat berikutan paras air yang tinggi.

Tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai meluahkan rasa simpati dan mendoakan kesejahteraan kepada penduduk yang terjejas dalam kejadian banjir tersebut.

“Semoga dipermudahkan segala urusan. Amiin,” kata @SagaDaddy.

“Besar betul dugaan (penduduk),” ujar @Kamsiahsalleh0. -https://amiminerals.org/

@eiraso Allahuakbar .. Ujian ke 2 Raya Tahun ni .. baru2 ni letupan gas rumah terjejas kawasan belakang dan baru sehari dapat masuk rumah pagi ni di uji dengan banjir .. #fyp#banjirkksb#banjirpuchong#banjirkgtgh#banjirselangor#banjirsungaiklang#updateterkini#selangor#banjir2025 ♬ original sound – EiraSoo