BANGKOK – Polis Thailand mengenal pasti identiti suspek kes rompakan sebuah kedai emas di Hatyai sebagai warga Malaysia bernama Yee Bun Long, yang baru dibebaskan dari penjara, lapor portal berita The Nation hari ini.
Seorang pegawai polis berkata, suspek yang berusia 61 tahun melarikan diri dengan beberapa kalung emas bernilai 7 juta baht (RM910,000) dalam rompakan semalam.
Suspek sebelum ini disabitkan dengan kesalahan merompak rantai emas bernilai 2.3 juta baht (RM299,000) dari kedai emas lain, juga di Hatyai pada 6 Januari 2017.
Dia kemudian dipenjarakan dan dibebaskan kira-kira 18 bulan lalu.
Polis menawarkan ganjaran sebanyak 100,000 baht (RM13,000) kepada individu yang dapat memberikan maklumat sehingga suspek ditangkap.
Sumber polis yang sama mendedahkan bahawa suspek juga disyaki membunuh dua beradik warga Thailand, Montree Saekung dan Srirat Saekung, di sebuah rumah sewa di Tambon Koh Yor, daerah Songkhla Muang, pada 22 Mei 2014. – AGENSI
View this post on Instagram