[VIDEO] Lagi tiga lelaki ada kaitan GISBH didakwa

GISB Holdings GISBH mahkamah mahkamah seremban

Tiga lelaki yang mempunyai kaitan dengan GISBH akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari hari.

SEREMBAN – Tiga lelaki yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings (GISBH) yang disiasat polis susulan Op Global akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak.

Terdahulu, ketiga-tiga tertuduh masing-masing berusia 20, 21 dan 22 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 9.10 pagi menaiki van polis dengan diiringi anggota polis.

Pertuduhan di Seremban merupakan kes kedua didakwa melibatkan GISBH selepas seorang lelaki didakwa di mahkamah Majistret Putrajaya semalam atas kesalahan membabitkan ugutan jenayah.

Ketiga-tiga tertuduh dijangka akan didakwa atas 14 pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta 792 dan Seksyen 14(b) Akta 792 merujuk kepada kesalahan amang seksual fizikal atas kanak-kanak. – https://amiminerals.org/

View this post on Instagram

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *