[VIDEO] Helene badai pantai barat Florida

Taufan florida scaled

AIR laut melimpah di pantai St. Pete Beach semalam. – Foto AFP

WASHINGTON – Taufan Helene mendarat di barat laut Florida, Amerika Syarikat (AS) sebagai ribut Kategori 4, membadai pantai dengan hujan lebat, lapor portal berita MailOnline hari ini.

Ia membadai darat Florida sekitar pukul 11.10 malam (Waktu tempatan) malam semalam dengan angin berkelajuan maksimum 225.30 kilometer sejam.

Ia melanda berhampiran muara Sungai Aucilla di kawasan Big Bend di Pantai Teluk Florida – hanya 32.18 kilometer di barat laut tempat Taufan Idalia mendarat pada tahun lalu dan menyebabkan kerosakan yang meluas.

Helene mendorong amaran taufan dan banjir kilat yang menjangkau jauh di luar pantai sehingga ke utara Georgia dan barat Carolina Utara.

Lebih 1.2 juta rumah dan perniagaan terputus bekalan elektrik di Florida, menurut laman web poweroutage.us.

Gabenor negeri Alabama dan Virginia turut mengisytiharkan darurat kerana Helena.

Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh setakat ini.

Seorang maut di Florida apabila papan tanda jatuh pada keretanya dan dua orang dilaporkan terbunuh di selatan Georgia ketika ribut menghampiri. – AGENSI

View this post on Instagram

A post shared by Daily Mail (@dailymail)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *