TEMERLOH – Seorang duda yang tular mencabul wanita di bazar Ramadan baru-baru ini kerana dikatakan ‘gersang’ mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh di sini, hari ini.
Tertuduh Nazarin Romeli, 51, yang berhadapan dengan empat pertuduhan menyatakan faham dan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chew King.
Menurut kertas pertuduhan pertama, tertuduh kira-kira pukul 6.40 petang pada 6 Mac lalu di tapak Bazar Ramadan Lurah Semantan di Temerloh telah menggunakan kekerasan jenayah dengan menyentuh payu dara seorang wanita berumur 26 tahun menggunakan lengan dan siku dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.
Pertuduhan kedua melibatkan mangsa yang sama dengan pertuduhan pertama di lokasi dan masa sama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah, melanggar punggung mangsa dengan paha dengan maksud untuk mencabul kehormatan mangsa.
Menurut pertuduhan ketiga kira-kira pukul 6.20 petang pada 10 Mac di tapak Bazar Ramadan Lurah Semantan, tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah dengan melanggar bahagian dada seorang wanita berumur 22 tahun menggunakan lengan dan siku dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.
Dalam pertuduhan keempat pula, tertuduh kira-kira pukul 6.40 petan pada 6 Mac lalu di tapak Bazar Ramadan Lurah Semantan Temerloh telah menggunakan kekerasan jenayah dengan melanggar dada seorang wanita berumur 28 tahun menggunakan lengan dan siku dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.
Bagi semua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Dengan itu tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan selama 10 tahun atau denda, atau dengan sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Adriana Azrin manakala tertuduh diwakili peguan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nursyazwani Rosselan.
Dalam prosiding Adriana Azrin meminta jaminan sebanyak RM7,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan saksi sehingga kes selesai.
Bagaimanapun, Nursyazwani meminta jaminan minima memandangkan tertuduh yang bekerja kampung dengan pendapatan RM1,000 menyara tiga individu.
Chew King menetapkan jaminan sebanyak RM14,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah menetapkan 17 April depan bagi sebutan semula kes termasuk lantikan peguam. – https://amiminerals.org/
View this post on Instagram