[VIDEO] Bergaduh ketika beli nombor ekor di Klang

gaduh nombor ekor

Tangkap layar insiden pergaduhan tular itu.

KLANG – Kesesakan ketika beratur membeli nombor ekor menjadi punca pergaduhan melibatkan lima individu di sebuah kedai nombor ramalan di Taman Klang Utama di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang melibatkan empat lelaki dan seorang wanita itu kira-kira pukul 5.47 petang.

Katanya, semua yang terlibat dalam pergaduhan terbabit akan dipanggil polis bagi membantu siasatan.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihatkan kekal tenang dan tidak membuat komen negatif yang boleh mengganggu proses siasatan,”katanya hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan insiden kekecohan berlaku di sebuah premis akibat pergaduhan melibatkan beberapa individu. – https://amiminerals.org/

View this post on Instagram

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)