Ulat parkir hentak tingkap kereta

geli parkir

Tangkap layar menunjukkan penjaga parkir itu menghentak tingkap kereta milik seorang pengunjung. – X

JAKARTA – Seorang ulat parkir menghentak tingkap kereta seorang pengunjung meskipun dia telah membuat pembayaran dalam kejadian di luar sebuah kedai serbaneka di wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Abatanews. 

Kejadian berlaku di Family Mart Dharmahusada, Surabaya baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @Pai_C1 memaparkan pengunjung itu ditengking dan dipaksa ulat parkir terbabit untuk membuat bayaran. 

Menurut mangsa, dia telah membayar parkir kepada seorang lagi ulat parkir.

“Semasa memandu, saya dikejar (penjaga parkir berkenaan) sebelum dia menghentak  tingkap kereta saya. 

“Seorang lagi ulat parkir  segera memberitahu bahawa saya sudah membuat bayaran. Dia hanya ketawa dan beredar tanpa memohon maaf,” kata mangsa. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Selain polis, saya benci penjaga parkir kerana tingkah laku mereka seperti pengemis,” kata seorang netizen. – AGENSI