Ular tedung dalam seluar lelaki 

geli ular

Tangkap layar menunjukkan ular yang ditemukan di dalam seluar seorang pegawai. – Jambiekspres

JAKARTA – Seorang pegawai di Indonesia berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular tedung berlingkar di dalam seluarnya ketika menghadiri mesyuarat semakan keputusan Pilihan Raya Daerah (Pilkada), lapor portal berita Liputan Gampong kelmarin.

Kejadian berlaku di Muaro Jambi, wilayah Sumatera Tengah pada 28 November lalu.

Ketua Panitia Pemilihan Tempatan, Eka Putra Nasution berkata, dia menyangka ‘objek’ yang bergerak di dalam seluarnya adalah kunci motosikal. 

“Selepas menarik objek itu keluar, rupa-rupanya ia seekor ular tedung.

“Ular itu juga sempat menyentuh pegawai yang duduk di sebelah saya.” kata Eka. 

Penemuan mengejutkan itu menyebabkan mesyuarat dihentikan seketika selama 15 minit. 

Menurut polis tempatan, reptilia itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda agresif sebelum melarikan diri. 

“Ia dikenal pasti sebagai ular tedung dan kami membunuhnya untuk mengamankan situasi,” tambah polis. – AGENSI